Awak, semoga bahagia milik kita
Awak, tak apalah kalau kita tak kaya. Nanti kita cari rezeki yang halal sama-sama. Sederhana pun cukup bagi saya.
Awak, tak apalah kerja biasa-biasa. Janji tiap malam awak ada di sisi saya. Itu pun cukup bagi saya untuk kita luangkan masa bersama-sama.
Awak, tak apa belajar bagus-bagus. Masa depan cerah. Tapi, nanti peluang awak jumpa orang yang berpendidikan tinggi, banyak pilihan lagi.
Mungkin, sekarang kita bersama atas semua kekurangan. Dan, nanti awak lupakan saya setelah berjaya. Manusia selalu lupa bila berharta benda.
Untuk suatu masa nanti, bila awak cari saya, saya masih orang yang sama. Awak minta maaf, saya maafkan. Awak menangis, saya seka airmata.
Awak minta maaf, awak tinggalkan saya dan awak dah berubah. Saya jawab tak apa. Kasih dan sayang boleh berubah. Kita manusia terkadang lupa.
Awak beritahu saya, awak nak hidup dengan saya. Saya terima, walau masa lepas awak dah banyak sakitkan hati saya.
Awak tanya kenapa tak halang awak dulu. Saya jawab, saya tak minta awak pergi. Awak yang sendirinya melangkah pergi tanpa menoleh lagi.
Hari perkahwinan kita biasa-biasa. Belah awak, meriah sekali. Awak cakap pada saya, "awak nak apa semua saya bagi." Saya tersenyum sahaja.
Dan tanya lagi, "kenapa awak tak pernah minta apa-apa dari saya? Hadiah dan sebagainya?" Saya jawab, tak apa semua itu saya boleh usaha.
Lalu awak ucap, "terima kasih kerana ada" saya jawab, "sama-sama kerana telah kembali pada saya."

❤ "Awak, semoga bahagia milik kita" was Posted On: Tuesday, 25 August 2015 @08:01 | 0 lovely comments ✿
« Older posts
because I love myself
Name: Nabilah Huda Mohd Sahid
Studying in: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak
Course: Bachelor of Science Bioindustry
Birthday: 5 November
Age: Forever 21
Hye everyone. Just call me Nahu okay. Still full-time student. Tak kahwin lagi. Ditakdirkan belajar di tempat jauh melangkaui laut china selatan (obersi) iaitu Sarawak. Mempunyai seorang rumet yang kipas-susah-mati kepada group k-pop EXO. Gemar membaca jika ada masa lapang tak kira lah novel jiwang, majalah playboy, komik shin chan, surat khabar Metroll, mahupun blog twitfemes. Tapi sekarang katanya dah terarah kepada buku fixi & Lejenpress. Penggemar setia drama Melayu ouh man I dunno why. Benci penghackers hahaha if my rumet read this, notes that okay. Anything else, just ask.
about my site
Nahu's is my second blog. My first blog still ada and tak delete lagi sebab nak bagi korang baca haha. So, kiranya ni macam personal private blog and first blog tu public blog. Motip buat dua blog ? Takde motip apa pun. Saje je gegediks nak buat blog lagi satu. Tamak haloba katanya. Anyway, second blog ni just guna blogskin je. Senang nak edit. Pastu senang nak tukar design sesuka hati. Tapi apapun, aku harap takde la sesape yang tersinggung atau terguris dengan penulisan kat blog ni ye kalau terkena kat sesape. Sebabnye, blog ni memang tempat untuk meluahkan perasaan kalau stress haha. Haters gonna hate. But look, who're you to judge me ? Peace yo !