Surat untuk bekas kekasih
Assalamualaikum, awak.
Hai awak. Buat apa tu ? Sihat ke ? Harap awak bahagia dengan kehidupan baru. Saya juga begitu. Bagaimana kehidupan awak sekarang ? Lebih bahagiakah ? Atau bagaimana. Apa khabar bekas kekasih baru awak ? Oh saya dengar awak dan dia telah berpisah. Betul ? Apa khabar skandal baru awak ? Masih ber'sweet-sweet' di muka buku atau skype ? Baguslah.
Awak masih rindukan saya ? Awak masih teringatkan saya ? Oh saya juga begitu. Mustahil untuk lupakan awak. Tapi maaflah, rindu hanya sekadar rindu. Tak lebih dari itu.
Awak, bagaimana perasaan awak setelah berpisah dengan bekas kekasih baru ? Sakit bukan ? Oh kalau awak nak tahu, saya lagi sakit. Nak tahu rasa sakit tu ? Nah, cuba hiris hati saya dengan pisau.
Bagaimana keadaan awak sekarang ? Dah give up ? Takkan kot. Ramai lagi perempuan yang awak boleh cari. Tapi ingat, bukan untuk disakiti, tapi untuk disayangi.
Awak, kehendak Tuhan kena pasrah. Jangan resah. Jangan menyerah kalah. Benda dah lepas, lepaskanlah. Bina masa depan sendiri. Tanpa dibayangi wajah kekasih hati. Tak mengapa, Tuhan ada.
Awak mungkin fikir selama ini saya tidak peduli. Awak salah. Saya peduli. Saya cuma tidak mahu mengganggu. Takut berkecamuk perasaan dan hati. Cukuplah saya memerhati, dari jauh.
Awak mahu cari pengganti ? Saya izinkan. Takpe, asalkan awak bahagia. Saya pun turut bahagia. Tapi, jangan pulak akhir nanti, awak melutut menagih cinta saya kembali.
Apa, awak mahu kembali ? Oh tidak mungkin. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali saya menanggung kecewa. Cukuplah sekali saya membazirkan air mata. Hanya kerana seorang awak yang tak tahu menghargai.
Jika adanya saya atau tiadanya saya, yang penting awak bahagia. Itu sudah cukup menggembirakan hati saya. Walau di sudut hati masih tersimpan episod duka. Tapi takpe, Tuhan kan ada.
Awak, saya tak pernah menyesal mengenali awak. Jika tidak, saya tak akan kenal erti kecewa. Dan juga bahagia. Walau kadang-kadang awak buat saya geram juga.
Awak, terima kasih kerana masih ingat kenangan bersama. Walaupun ia berlaku sudah lama. Kalau boleh diputarkan masa, mungkin sahaja kita ingin berada pada zaman lalu. Tapi itulah, benda yang lepas tak mungkin berulang.
Awak, saya tak tuding jari pada sesiapa. Saya tak anggap salah saya atau salah awak. Cuma mungkin jodoh itu tiada. Nak buat macam mana.
Awak menyesal ? Baguslah. Saya harap awak tak ulangi kesalahan yang sama. Ya, kadang-kadang saya anggap awak yang salah kerana meninggalkan saya.
Awak, sekarang saya tak berdendam dengan awak. Jangan risau. Tapi itu tak bermakna parut itu tiada. Luka itu mungkin sudah sembuh, tapi parutnya, hanya masa yang menentukan.
Awak, semoga berjaya dalam kehidupan. Walaupun tiadanya saya. Saya tahu, awak boleh lakukan. Perbanyakkan doa dari Tuhan.
Semoga kita ada peluang. Semoga kita tak berhenti berjuang. Semoga kita dapat apa yang diimpikan.
Awak, ada satu perkara yang saya telah belajar dan saya sentiasa ingat hingga kini.
Perasaan manusia mudah berubah. Ya, mungkin harini cinta, esok benci. Begitu juga sebaliknya. Hati manusia, hanya Tuhan yang tahu.
Sekian,
Salam sayang dari saya buatmu bekas kekasih. (Ya, saya masih sayang)
Moga baik-baik sahaja. Ada jodoh, kita kembali bersama.
nice quote :)
p/s : mencari masa dan ruang untuk berfikir, sedalamnya.


Name: Nabilah Huda Mohd Sahid
Nahu's is my second blog. My first blog still ada and tak delete lagi sebab nak bagi korang baca haha. So, kiranya ni macam personal private blog and first blog tu public blog. Motip buat dua blog ? Takde motip apa pun. Saje je gegediks nak buat blog lagi satu. Tamak haloba katanya. Anyway, second blog ni just guna blogskin je. Senang nak edit. Pastu senang nak tukar design sesuka hati. Tapi apapun, aku harap takde la sesape yang tersinggung atau terguris dengan penulisan kat blog ni ye kalau terkena kat sesape. Sebabnye, blog ni memang tempat untuk meluahkan perasaan kalau stress haha. Haters gonna hate. But look, who're you to judge me ? Peace yo !
Travel to Paris

